Quick Rules

Satu pasukan untuk kejohanan ini hanya boleh mempunyai lima (5) orang pemain SAHAJA. Pasukan-pasukan yang bertanding dan menjadi Juara, Tempat Kedua, Tempat Ketiga dan Tempat Keempat ESL Malaysia National Championship - CODM Playoff Finals (21 Huntsmen, Mysterious VIP, Axis Esports dan Rampage) tidak dibenarkan bermain sebagai satu pasukan. Walaubagaimanapun, mereka boleh mengikuti kejohanan ini jika; dalam satu pasukan, hanya dua (2) pemain berasal daripada pasukan yang mengikuti playoffs, manakala tiga (3) pemain yang lain tidak bertanding untuk kejohanan ESL Malaysia National Championship - CODM Playoff Finals

Format

  • Format perlawanan adalah Eliminasi Tunggal, tiga perlawanan terbaik (Best of 3 (BO3)). 

Perlawanan 1:

  • Mode: Hardpoint
  • Peta: Standoff
  • Pemilihan Pihak: Pasukan di posisi bracket “atas”, di bahagian Special Force (Blue), pasukan di posisi bracket “bawah” di bahagian Guerilla Squad (Red).
  • Aturan Perlawanan
    • Had kemenangan pusingan: 150
    • Had masa pusingan: 300 saat

Perlawanan 2:

  • Mode: Search And Destroy
  • Peta: Crash
  • Pemilihan Pihak: Pasukan di posisi bracket “atas”, di bahagian Guerilla Squad (Red), pasukan di posisi bracket “bawah” di bahagian Special Force (Blue).
  • Aturan Perlawanan
    • Had kemenangan pusingan: 9
    • Had masa pusingan: 120 saat

Perlawanan 3:

  • Mode: Domination
  • Peta: Firing Range
  • Pemilihan Pihak: Pasukan di posisi bracket “atas”, di bahagian Special Force (Blue), pasukan di posisi bracket “bawah” di bahagian Guerilla Squad (Red).
  • Aturan Perlawanan
    • Had kemenangan pusingan: 100
    • Had masa pusingan: 300 saat

* Bilangan penonton yang dibenarkan: 0

(tiada penonton dibenarkan kecuali pengadil kejohanan, jika perlu)

Senarai yang Dilarang

  • SMRS
  • Scorestreak: Care package
  • Skop taktikal untuk kesemua sniper rifle
  • Kesemua emotes
  • Aksesori tambahan (trigger, controller, dan lain-lain) dan juga tablet (iPad)

Peraturan sebelum perlawanan

  1. Pemain hendaklah membuat lobi dengan SENDIRI, setelah jadual perlawanan keluar, pemain hendaklah menambah pihak lawan sebagai rakan, membuat lobi dan memasukkan pihak lawan ke dalam lobi. Untuk mencari pihak lawan anda, anda boleh menghubungi mereka melalui applikasi ESL Play chat atau mencari mereka di dalam saluran komuniti kami di sini.
  2. Ketua pasukan bertanggungjawab untuk memastikan semua ahli pasukan telah memasuki lobi perlawanan dalam jangka masa 5 minit.

Keputusan

Setiap pemain bertanggungjawab untuk mengambil gambar setiap keputusan perlawanan mereka, jika ada apa apa masalah yang berlaku. Paparan gambar keputusan perlawanan hendaklah dimuatnaik dalam masa 15 minit selepas permainan tamat/jangka masa perlawanan tamat. Jika tiada pasukan yang memuatnaikkan paparan gambar keputusan atau cuba menghubungi pihak pengadil, pemenang akan dipilih secara rawak.

Kegagalan untuk Masuk Bertanding

Setiap pasukan mempunyai masa 10 minit untuk menghadirkan diri dalam perlawanan. (waktu perlawanan + 10 minit) Jika sesebuah pasukan hanya menghadirkan diri selepas 10 minit daripada waktu perlawanan, penyingkiran akan diberikan kepada pasukan yang lewat. Pasukan yang menunggu diwajibkan membuka tiket protes untuk kemenangan automatik. Jika mana-mana pemain yang telah hadir tetapi ingin keluar daripada lobi permainan untuk menyelesaikan masalah, perlakuan berikut tidak dikira sebagai tidak hadir. Jika perlawanan tidak bersambung dalam jangka masa 10 minute, pasukan tersebut akan diberikan kekalahan automatik. Jika anda merasakan pihak lawan menyalahgunakan peraturan di atas, anda dinasihatkan menghantar tiket protes kepada pihak pengadil.

**Jika perserta didapati mencuba untuk menipu ataupun menipu di dalam pertandingan ini, pasukan anda secara langsung akan disingkirkan dari pertandingan ini. Contoh penipuan termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • Ringer (pemain lain menggunakan ID yang telah didaftar)
  • Perkongsian akaun

**Pihak penganjur/admin berhak untuk membuat sebarang penukaran di dalam buku peraturan mengikut keadaan. Kata penganjur/admin adalah muktamad.

Untuk buku peraturan penuh, sila klik di sini.

Prize

Rank Prize
medal_gold_3.png 1. 10,000 CP, RM250 Yoodo Credits, RM500 Cash
medal_silver_3.png 2. 5,000 CP, RM150 Yoodo Credits
medal_bronze_3.png 3. 2,000 CP, RM100 Yoodo Credits
 4 1,000 CP
 5-6. 500 CP

Help

Apakah ini kejohanan pertama anda? Berikut adalah langkah langkah penting:

  • Ikuti peraturan di kanan untuk daftar dan check in
  • Jika check in sudah di aktifkan, pastikan untuk check in tepat waktu
  • Tunggu untuk pertandingan pertama anda di kanan
  • Hubungi lawan anda dan mulai pertandingan
  • Masukan hasil dan pastikan dengan lawan
  • Tunggu pertandingan anda yang selanjutnya

Sila merujuk pautan dibawah untuk mendapatkan info yang penting!

Cara Mendaftar

Pautan Cara Mendaftar 

Bagaimana Nak Upload Screenshot Perlawanan ke Laman Sesawang Perlawanan

Pautan Upload Screenshot

Tutorial - Protest Ticket

Pautan Submit Protest Tiket

Tutorial - ESL Play App

Pautan Menggunakan ESL Play App (Mobile)

Masih perlu bantuan? Selama turnamen, gunakan chat jika tersedia, jika tidak mohon hubungi support.